Sabtu, 01 Januari 2011

ALOHA... tahun baru, blog baru

2010 telah berlalu pergi, 2011 pula datang menyapa. Setahun usia mula bertambah, hilang pula setahun kesempatan. Sedih, sebak ku rasakan.. T_T

Haa.. blog ini akan banyak menceritakan tentang selok belok,suka duka serta liku liku perjalanan anak seni * anak seni ke? * yang tersesat atau lebih sedih lagi terjerumus di dalam kancah bidang perubatan. Seorang anak seni yang dahulunya tidak mengerti apa bezanya cita cita, hobi, harapan dan impian lalu tergelincir jatuh.

Anak seni ini pernah memasang cita cita sebagai seorang tukang jahit, designer, mak andam * wahhh* or wedding planner tetapi semua kerjaya ini diketepikan hanya kerana semua itu dikatakan HOBI bukannya CITA CITA. Orang kata CITA CITA itu mestilah seperti cikgu, pilot, peguam, dan tak lebih tak kurangnya doktor. huhh...

"Cita cita" telah tersasar, kini hanya cuma mampu berHARAP teguh atau mungkin juga harapan yang digenggam itu hanyalah sekadar sebuah IMPIAN.

Tetapi apapun terjadi lantaslah bangkit berdiri dan harus mampu untuk terus berlari menggapai apa yang diinginkan.

ITULAH AKU.. yang akan tetap menggapai "cita cita"ku dan juga cita cita yang dikatakan kebanyakan orang. Tidak akan goyah pendirianku walau seribu kali badai mendatang. Akan jua aku terus mengharap sebuah impian pasti.....atau adakah aku yang masih keliru apakah itu cita cita dan hobi? hmmmm..



2 komentar: